Saturday, November 13, 2004

Siapa aku selepas Syawal - Mibarzo

aku patuh pada Rejab
aku taat pada Syaaban
aku sujud pada Ramadan
Rejab, Syaaban dan Ramadan
adalah pelindung usiaku
tetapi aku mula gementar menyusuri liku-liku Syawal
aku mula melihat
potret-potret dosa tergantung
di setiap sudut kehidupan
memanggil-manggil namaku
dengan kemesraan seorang perawan.
aku khuatir meniti siangku
aku bimbang merentasi malamku
mata terbeliak melihat perempuan kaca
telinga mendengar cerita dusta
mulut mengumpat jebat derhaka
tangan menyentuh selendang dara
kaki melangkah ke ruang dosa.
dalam gementar aku ingin menyepi
bersembunyi dalam diri
tetapi itu tidak mungkin terjadi
seorang lelaki harus berani
menempuh hempasan realiti
Tuhan, kukhuatir ditimpa tragedi
aku mohon diseret-uji
sekadar bilangan jari-jemari
bukan air mata langit membasahi diri
ku sedari selepas Ramadan tercegak mentari
panasnya menggigit lelaki yang terlupa harga diri
dosa berselerak di sana sini
dan aku akan terus berpaut pada doa Nabi
kerana yang bernama lelaki
akan terus diuji
kotaku bukan kota suci
berdebu dan berdaki
aku harus terus berdiri dan berlari
sekalipun kakiku tersandung duri
biar syawal mengganggu diri
Rejab, Syaaban, Ramadan akan terus menjadi
pautan hati
sehingga menunggu panggilan Illahi.

(Petikan Sajak drpd Berita Minggu, 14 Nov 2004 bersamaan 1 Syawal 1425)

firdaus | 6:37 PM | 0 comments


-Firdaus Collection-

Tulus Berdoa
Pejuang Mimpi
Nasihat Mak Ayah
Soalan Tak Terucap
Puisi Segera Selamba
Niat Kita
Adikku
Gambar Adik
Sabah Cuma Tinggal Sejarah
Untuk Sahabatku
Untuk Sahabatku II
Van Iftar
Terpesona
Keliru
Remaja
Basikalku
Ilmuku
Aku
Apa Ini ?


-Family Portrait-

My sister's wedding Posted by Hello

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

-Personal Info-

Mohamad Firdaus Abdul Karim

living
with a blatant
disregard for life

-Fruits of Contemplation-
from Flyboys

"when you risked it all, the sky, is the limit..."

-Previous Posts-

-More Puisipoems-

August 2004
September 2004
October 2004
November 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
August 2005
January 2006
June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
November 2006
January 2007
May 2007
June 2007
March 2008
April 2008
May 2008
September 2010

-Quote-

"When once you have tasted flight,
you will forever walk the earth
with your eyes turned skyward,
for there you have been,
and there you will
always long to return."

- Leonardo Da Vinci

-Fellowship Of The Blog-

Nur Raudhah
Sara & Ruth
Liza Ibrahim
Haslinah
Juliah
Sarah
Iskandar
Anim
Muhammad Shafiee
Ike Afnifa
Nurani Haza
Jackie
Rohani
Hassanal Bagul
Lilyana
Asryna
Muhammad Syafiq
Nurrisam
Ninie
Nur Amalina