Sunday, April 24, 2005

Soalan tak terucap - by Firdaus (2005)

Andai aku tersadai di pulau sepi sendirian,
Terkapai merangkak menghirup sisa kehidupan,
Setiakah engkau menanti kepulanganku yang tak pasti?
Sudikah engkau menghadap Kaa'bah sambil mencium bumi?
Meninggalkan hiruk-pikuk panggilan pekan duniawi?
Menangis berdoa agarku selamat dan masih bernadi?
Dan bagaikan ibunya Ismail (a.s), terlari-lari bersai,
Mencari sebahagian dirimu di dalam hatiku ini,
Melaksana sumpah setia yang termaktub bersama,
Bukan bulan bintang sahaja yang menjadi saksi,
Bahkan Allah (s.w.t), ibu-bapa, saudara-mara juga Tok Kadi

Bila tiba masanya untuk engkau berdiri berdikari,
Mampukah Srikandimu menyerlahkan sinaran?
Menyuluh pancar keberanian di lubang kegelitaan?
Merangkul cita-cita di hadapan panah cabaran,
Di padang pasir, sanggupkah engkau menanam benih harapan ?
Berbaja kesabaran, doa-doa dan segelumit keyakinan
______________________________________________

Renunglah mataku, wahai isteri,
Genggam erat tanganku, ya habibie,
Bolehkah api cinta kita tetap menyala,
tiada dimamah usia ?
Tetap percaya kasih sejati luas semesta,
tiada penghujungnya ?

Sayang, antara pergi dan pulangku,
Jagalah diri, maruah dan martabatmu,
Dan juga cahaya mata kita bersama,
Jika sayang berkelapangan masa,
Jenguk-jenguklah ke luar jendela,
"Mana kekasihku belum kunjung tiba.."
Bagai Nabi Adam (a.s) dan Siti Hawa,
Di jabal Rahmah bertemu akhirnya,
Sambutlah kepulangan suami tercinta,
Dengan dakapan mesra di pintu syurga

firdaus | 8:35 PM | 4 comments

Singgah Sejenak - by Masuri S.N

Kusematkan rasa mencintai manusia
Mereka memadati alam
Dengan jiwa perkasa
Menyiapkan diri menghadapi hari muka

Berjutaan sekarang mereka memenuhi
Ruang rumah ibadah sejak subuh lagi
Bertaqwa mencari keredhaan Illahi
Sambil beramal dalam khusyuk dan pasti

Hidupnya bukan untuk kekekalan
Sedarnya makin memenuhi hati
Pandangan dalam menembusi alam
Diri kepunyaanNya akan dikembalikan

Kerana manusia tidak tersendiri
Dalam merangka-rangka umurnya seurat
Memohon berdoa sambil menyedari
Hidup di bumi sekadar singgah

Berita Minggu Singapura
11 Mei, 1997

firdaus | 8:33 PM | 0 comments

Sunday, April 17, 2005

Esok - by Kamilah Ahmad

Setiap fajar,
Aku diransangi
Debu kegagalan kukesati
Luka kesalahan ku baluti
Agar pinggirannya sukma beraur
Tetap padat tak beralah

Azamnya tani kusemaikan
Diriku serba kekurangan
Merempuh kelemahannya insan
Selagi nadi berdenyutan..
Penantianku diiringi
Kecurigaan dinihari
Dapatkah aku laksanakan
Esok cerah dihasratkan ?

firdaus | 7:08 PM | 0 comments

Saturday, April 16, 2005

Puisi Segera Selamba - by Firdaus (2005)

Berpelurukan pena
Bersenjatakan perca
Kulakarkan kain rentang
Biar maksudnya terang terpampang
Menjeritkan isinya kuat dan lantang

Ia gersang tanpa bunganya
Juga hilang hias kiasnya
Biar bersengat tiada salutan
Tikamlah, tikam. Janganlah segan

Supaya runcing peluru penaku
Menusuk terus memaku kalbu
Biar terguris siapa terasa
Memberi kesan, itu matlamatnya
Biar marahnya tidak bertelinga
Asal tersentak dari lamunannya

Melayu baru tentu berbeza
Tetap mengikut tren semasa
Kini sudah menjadi warisan:
Berakit ke hulu, berenang ke tepian
Pakailah dulu, bayarnya kemudian
Buat jer dulu,
Kahwin nanti boleh fikirkan..

Begitu mudah dan bersahaja
Pena dilayang penuh selamba
Inilah dia puisi segera
Untuk Melayu baru berbeza
Dua minit, semua tersedia
Tak perlu dikupas untuk maknanya
Maklumlah kita mengejar masa
Terlari-lari tiada arahnya
Hidup menutup lubangnya hutang
Dan menyembunyikan bayi kandungan

firdaus | 1:22 AM | 1 comments

Friday, April 15, 2005

Melastik Ke Bintang - by Elmi Zulkarnain

Berlalu jua senandung petang
Berlalu bersama kenangan menghilang
Linangan air mata menemani lara siang

Harapan beralun menyerlah
Menyeberang jarak kata
Mengusir sepi tiada bersuara

Barisan rasa menakluk jiwa
Meracau berigauan bagai terdera

Tiada tertimbang semua
Duka yang meranap pujangga bercinta

Ku lastik citaku ke bintang
Agar kerdipnya terpandang
Mendamai resah berpanjangan
Menghambar cemas berterjangan

Ku yakin tidak kan' malap
Kejora di langit mengungkap
Lukisan kenyataan citra
Tiada berbingkai hampa
Hanya warna celupan masa

Elmi Zulkarnain
Revised Ahad 10 Apr 2005

firdaus | 2:56 AM | 0 comments

Thursday, April 14, 2005

Genggam Bara Api by Mohamed Hizammuddin

Kamu
Yang menyilangkan pena mencoret wahana
Yang menyulam bahasa mencerna nusa
Yang memenggal penjajah memelihara budaya

Kamu
Pejuang bangsa sementara mereka alpa
Sateria intelek sementara mereka lena
Pahlawan identiti sementara mereka lupa

Kamu
Jangan gementar dek beliung utara
Payah gusar dek ribut selatan
Usah gerun dek api barat

Ingat
Orang Timur tetap Timur
Walaupun ufuk Barat menenggelami mereka
Kita tetap tabah meniti arus yang bersimpul duka

Ingat
Genggam bara api walau sakit terbakar
Kehangatan itu hanya mengingatkan kita
Bahawa kekentalan naluri Taming Sari tetap bernadi jua

Ingat
Jangan termakan dek kata-kata
Payah terhirup dek misan santau
Usah terikut dek boneka nista

(Marsiling, 26.07.03, 1350hrs)

firdaus | 1:54 AM | 0 comments

Monday, April 11, 2005

Niat Kita - by Firdaus (2005)

Masa berputar tanpa keletihan,
Endah tidak, akan sejuta harapan
Sepelusuk dunia bercita keindahan
Setiap insan mengejar impian
Berpandu semangat, azam dan kebolehan
Berteras tenaga, ilmu dan kemajuan
Inikah dia rumusan kejayaan ?

Setiap kelakuan ada niatnya
Niat ini pendorong segala
Amalan dan khianat bergantung niat
Dosa dan pahala sama terikat
Begitu sabdanya Rasullullah (s.a.w)
Manusia teragung ciptaan Allah (s.w.t)

Mengapa kita belajar bertungkus ?
Bekerja keras terus menerus ?
Terkinja-kinja mengikut arus
Lumrah hidup manusia perakus
Celik jer mata, tercari-cari
Diulit lena pun, termimpi-mimpi
Wang dan harta: itulah misi
Pangkat dan darjat : itulah visi
Apakah kita semua bercelaru ?
Hanya mengikut telunjuk jari 'bosku'
Kononnya dia pemegang kunci
"Berasap ke tidak dapurku hari ini ?"

Kawanku, sahabatku, saudaraku
Kuping telinga kita tuli diseru
Tanyalah diri di depan cermin
"Mengapa hatiku mudah dipermain?"
Impian kita sama sahaja
Berkeringat tubuh untuk duit semata
Jangan terperanjat andai termurtad
Pemberi rezeki kita: 'Bos' bermakrifat
Ke gerbang syurga tidak lagi diutama
Restu Illahi: "Apa itu ?" kita bertanya
Ada juga yang berkata bersahaja,
"Ah.. aku dah tak kisahlah, itu semua.."

Agama ini tidak menyusahkan kita
Atau mengongkong kemajuan penganutnya
Pergilah belajar ke menara gadingmu,
Walau ke Cina atau ke liang lahadmu
Kumpullah harta secukup mampu,
Zakat dan fitrah tetap diperlu
Dan ingatlah wahai saudara,
Carta kaya bukan peraduan harta
Berusahalah kita sedaya upaya,
Asalkan niatnya untuk sejahtera:
"Segala-galanya yang aku lakukan,
Adalah untuk yang Bermaharajalela,
Pencipta dan Pentadbir Alam Semesta,
Allah SWT yang Maha Esa"

firdaus | 2:33 AM | 0 comments

L A U T - by Muhammad Shafiee

kemana arah tujuan ke kiri ke kanan luas pandangan
ombak hidup di tengah jalan buat kulit diriku hilang tampan
diriku biar terlanun keimananku terrampas dari tangan
kini berdayung keseorangan, buta arah, buta teman

menentang arus seorang diri hanya ku pinta teman di sisi
tergelincir di lautan sepi hulurkan tangan jangan rahi
bimbinglah aku, tangan dan kaki semoga hari cerah kembali
junjung tubuhku ke arah mentari, pelukku sejuk di malam hari

kebahagian daku hasrat seperti kian luput
bukan hadiahku kemudi cuma ku pinta fahamkan maksud
luruskan jalan sesat huraikan yang kusut
nakhoda, pegang tanganku erat belayar bersamaku ke tengah laut

firdaus | 1:09 AM | 0 comments

Sunday, April 10, 2005

Masya'Allah...indahnya ciptaanMU - by Mastura

Dengan segelumit harapan aku manapak langkah
Langkah ku atur agar tidak kaku
Supaya tidak malu tampak sayu
Agar tidak sumbang dipandang orang

Aku terus berlalu menuju arah laluan hati
Dengan harapan menjatikan diri

Masya'Allah..
Indahnya ciptaan mu
Tersergam indah gunung itu
Ciptaan mu membuat ku merasa kerdil ya Tuhan
KuasaMu membina gunung batu yang teramat indah
Tiada nilainya.. ooohhh Gunung Kinabalu

Barulah aku sedar, kebesaranMu
MukzijatMu
Butir-butir permata membasahi pipi
Aku leka selama ini
Kerana tidak bersyukur dan mengucap
'Alhamdullillah'
Atas apa yang telah kau limpahi di dunia ini

Aku sering merungut dan putus harapan
Apabila kau mengambil orang yang amat aku cintai
Namum aku buta
Jejak ku di Sabah
Telah mencelikkan mataku
Bahawa ada yang lebih indah kau tebarkan buatku
Kau tebarkan bumi yang indah
Kau layangkan harapan ikhsan
Kau hembuskan cinta sesama kita tanpa kira agama atau bangsa

Dengan ini aku mengucap
'Alhamdullillah'
Kerana cipataanMu telah membuat aku bangkit kembali
KebesaranMu telah membuat langkah ku lebih laju dari dulu
Terima kasih pada yang Esa
Terima kasih Sabah…
Kerana kau telah pancarkan
Sinar harapan baru buat diriku
Selamat tinggal Sabah
Salamku buat RumahMu
'Ka'abah'

nota: bahagian kedua akan ku ilhamkan sekiranya niatku dikabulkan untuk melihat Ka'abah

firdaus | 11:43 PM | 0 comments

Keseorangan - by Izzati

Mereka terpesona dengan senyuman ku.
Riang, ria, gembira.... memukau.
sinar membutakan kepahitan
terukir dikala lara menerpa jua
permata menitis,
bersalut kedukaan.

Mereka dibuai cerita ku.
Indah, megah membina kayangan
Bagai dikaburi awan berlalu
Dibina dalam kerapuhan
Diulit rintihan pilu
Dibisik alunan sayu.

Mereka kagum dengan tingkah ku.
Pantas, tangkas mengejar wawasan
Secepat kilat membutakan
Kerdipan bintang kian malap
Melalui jalan dalam kegelapan
Keseorangan.

Aku ketawa dalam kedukaan,
menangis dalam kegembiraan.

Aku menjerit di subuh sunyi,
berbisik di kesibukan petang.

Biarkan aku keseorangan.
Menapak jalan onak dan duri
Mendayung arus menghanyut diri
Mencakar jiwa menghalang seri.

firdaus | 6:01 PM | 0 comments


-Firdaus Collection-

Tulus Berdoa
Pejuang Mimpi
Nasihat Mak Ayah
Soalan Tak Terucap
Puisi Segera Selamba
Niat Kita
Adikku
Gambar Adik
Sabah Cuma Tinggal Sejarah
Untuk Sahabatku
Untuk Sahabatku II
Van Iftar
Terpesona
Keliru
Remaja
Basikalku
Ilmuku
Aku
Apa Ini ?


-Family Portrait-

My sister's wedding Posted by Hello

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

-Personal Info-

Mohamad Firdaus Abdul Karim

living
with a blatant
disregard for life

-Fruits of Contemplation-
from Flyboys

"when you risked it all, the sky, is the limit..."

-Previous Posts-

-More Puisipoems-

August 2004
September 2004
October 2004
November 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
August 2005
January 2006
June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
November 2006
January 2007
May 2007
June 2007
March 2008
April 2008
May 2008
September 2010

-Quote-

"When once you have tasted flight,
you will forever walk the earth
with your eyes turned skyward,
for there you have been,
and there you will
always long to return."

- Leonardo Da Vinci

-Fellowship Of The Blog-

Nur Raudhah
Sara & Ruth
Liza Ibrahim
Haslinah
Juliah
Sarah
Iskandar
Anim
Muhammad Shafiee
Ike Afnifa
Nurani Haza
Jackie
Rohani
Hassanal Bagul
Lilyana
Asryna
Muhammad Syafiq
Nurrisam
Ninie
Nur Amalina