Sunday, February 20, 2005

Suara Si Anak Mentah - by Elmi Zulkarnain

Iktikad Penyair II

Berbiduk mencari erti
Lautan sepi mati, aku keseorangan
Tangan mendayung aku mengejar suara
Sahabat memanggil aku selalu
Gelombang, gelodak, gelora.
Biduk bergoyang ditiup nista
Bocor terluka mengeluh hampa

Aku diangkat pula
Ke langit mana aku tak pasti
Duduk bersebelahan pungguk seekor
Dia cemburu akan diriku
Kerana purnama pernah di ribaku.

Terus aku merobek-robek awan
Menarik paksa jika terpaksa
Tangan melecur menjemput suria
Terangilah duniaku aku merayu
Yang sekian lama dibanjiri gempita
Yang ruangnya sempit mengongkong kata

Ku luah kesemuanya
Ku cerita pada mentari
Ditemani beratus punggok semesta

Akur tangan ku diikat
Dilemma tradisi dan komplot politik
Namun ... Namun tetapi
Jangan dibendung jiwaku ini
Makin kau tekan makin memberontak

Mungkin ada yang bersefahaman...
Mungkin pula ramai yang ingin ku mati...

Aduhai yang bergelar insan seni seangkatan ku.
Ini buatmu!
Ibarat tikus kering di pelusuk kamar
Takut dijerat, takut dikejar, takut disiat disiksa
Apakah itu pejuang sebenar?
Hanya berani di lubang sendiri?

Di manakah penghayatan, mana pergi keberanian?
Mampukah kita mengorak langkah supaya nanti adanya kemajuan ..
Jika,
Sekadar melukis kisah khayalan cinta
Setakat menyindir tergolek ketawa

Terus aku memerhati setiap persada di luar jangkauan mata
Loncat, merendah tubuh agar tiada yang melepasi deria
Hingga tertiarap kadang-kala dipijak diludah!

Panji yang berkibar sekarang bukan panji generasiku
Tuan empunya adalah ayah-ayahku sendiri,
Penyair tua pujangga lama.
Tetap ku hormat sentiasa ku sanjungi
Tapi!
Aku inginkan panji ku sendiri
Ayah, bukalah jendela itu.
Agar dapat ku loncat keluar
Bermain di halaman aku sendiri

Mungkin aku akan merayau hingga sesat di luar
Biarkanlah..

Biar dibelati tubuhku
Diselar digemuruh dijerumus dalam penjara
Ku tetap dengan gagasanku
Membawa nafas baru generasi aku, generasi aku.
Mengutarakan realiti,
Hidup yang membelenggu bangsa yang dikasihi

Janjiku..
Tiada akan ku mewarnai karyaku dengan khayalan sahaja
Tidak akan ku ikut jejak penulis durjana
Yang membina istana hasil karya yang tiada seninya
Setakat memenuhi cita-rasa pembaca yang suka akan kelucahan
semata.
Yang suka menangis secara buta.
Dibuai cerita fantasia gila.
Mana isimu penulis durjana?
Mana haluanmu?

Biar lukisanku hitam putih sahaja
Mudah dibaca termasuk yang buta
Padat isi menyentak semua
Mengkhabar hakikat menyedarkan dunia
Terus berjuang anak Melayu di mana-mana.

Mungkin nyawaku dicabut sekejap lagi.
Mungkin jasadku dibakar seteru
Tetapi ku harap karyaku tetap berdiri
Tetap bernyawa memenuhi impian
Impianku harapanku doaku untuk bangsaku.

Elmi Zulkarnain
Pantai East Coast
Singapura
(1832hrs)
27.09.2003

firdaus | 10:27 PM | 1 comments


-Firdaus Collection-

Tulus Berdoa
Pejuang Mimpi
Nasihat Mak Ayah
Soalan Tak Terucap
Puisi Segera Selamba
Niat Kita
Adikku
Gambar Adik
Sabah Cuma Tinggal Sejarah
Untuk Sahabatku
Untuk Sahabatku II
Van Iftar
Terpesona
Keliru
Remaja
Basikalku
Ilmuku
Aku
Apa Ini ?


-Family Portrait-

My sister's wedding Posted by Hello

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

-Personal Info-

Mohamad Firdaus Abdul Karim

living
with a blatant
disregard for life

-Fruits of Contemplation-
from Flyboys

"when you risked it all, the sky, is the limit..."

-Previous Posts-

-More Puisipoems-

August 2004
September 2004
October 2004
November 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
August 2005
January 2006
June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
November 2006
January 2007
May 2007
June 2007
March 2008
April 2008
May 2008
September 2010

-Quote-

"When once you have tasted flight,
you will forever walk the earth
with your eyes turned skyward,
for there you have been,
and there you will
always long to return."

- Leonardo Da Vinci

-Fellowship Of The Blog-

Nur Raudhah
Sara & Ruth
Liza Ibrahim
Haslinah
Juliah
Sarah
Iskandar
Anim
Muhammad Shafiee
Ike Afnifa
Nurani Haza
Jackie
Rohani
Hassanal Bagul
Lilyana
Asryna
Muhammad Syafiq
Nurrisam
Ninie
Nur Amalina